Untuk apa pergi ke negeri orang, sedangkan negeri sendiri sudah ada
KPTM SEMPORNA Bagi setiap pelajar lepasan SPM, masing-masing akan berlumba ataupun sudah memikirkan jalan yang terbaik ataupun institusi pendidikan yang seterusnya- iaitu universiti. Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, laluan Asasi ataupun pergi ke matrikulasi adalah pilihan yang tepat buat mereka. Dan ada juga pelahar yang mendapat keputusan SPM "in the middle", terus menyambung pelajaran ke tingkatan 6, diploma ataupun pergi ke kolej ataupun universiti swasta. Hehe, aku tergolong dalam kalangan student in the middle tu. Keputusan pun tak memberansangkan tapi cukup makan lah orang cakap. Agak kecewa dan cemburu sebenarnya tengok kawan-kawan dah masuk matrikulasi, ada yang dapat biasiswa untuk persediaan ke luar negara. Tambah-tambah lagi aku berasal dari sekolah yang elit. Malu nak angkat muka weh. Jadi dalam beberapa bulan menyepikan diri, lansung tak contact kawan-kawan, akhirnya aku buat keputusan untuk sambung belajar. Tak kisah dapat course apa,...